Assalamualaikum rakan-rakan semua dan pembaca blog kami sekalian . Terima kasih kerana setia membaca post-2 kami sejak kami mula membuat blog ini . Kini saya telah mula membuat post kerana sebelum itu Afrina sahaja yang rajin membuat post di blog kami . :D . Hmm .. Tujuan saya tulis post ini kerana saya ingin memberitahu bahawa esok , iaitu 17 November 2011 , akan menjadi HARI YANG BERSEJARAH BUAT DIRI SAYA SERTA RAKAN-RAKAN TAHUN 6 SAYA YANG LAIN KERANA ESOK ADALAH HARI KELUARNYA KEPUTUSAN UPSR UNTUK TAHUN 2011 . Ada murid yang berasa gemuruh , takut , bimbang , biasa dan macam-2 kerenah untuk mengetahui keputusan UPSR mereka termasuklah diri saya sendiri . Tetapi tidak mengapa , InsyaAllah , Allah akan beri kepada kita kejayaan tersebut iaitu 5A . Walaubagaimanapun , saya tetap tidak yakin akan keputusan UPSR pada esok hari . Perasaan resah mula menyelubungi saya . Apa-2 pun , doakan saya serta rakan-2 saya yang lain memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR . Harap ia akan menjadi kenyataan , InsyaAllah . Amin Amin Ya Rabbal Alamin . Harapan kami jua adalah agar jumlah murid yang mencapai 5A dalam UPSR akan lebih daripada tahun lepas dan akan meningkat dari semasa ke semasa , InsyaAllah , Amin , Amin , Amin . InsyaAllah , doa kita dan impian kita selama ini untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita serta keluarga akan tercapai .
INSYAALLAH , KITA BOLEH ! AMIN YA RABBAL ALAMIN .
Moga sekolah kita berjaya mencapai jumlah murid mendapat 5A yang diimpikan . :D !
Moga sekolah kita berjaya mencapai jumlah murid mendapat 5A yang diimpikan . :D !
P/S : Kita menempuhi apa saja walaupun ada halangan di tengaj-2 jalan . Hiraukan dan terus berjalan . Moga kita semua selalu sukses ya !
No comments:
Post a Comment