Wednesday, 9 November 2011

Program Selepas UPSR : Ceritera II : Lawatan Ke Kl :

Assalamualaikum , readers , rakan-rakan yang telah meng'check out ' blog kami bertiga . Hari ini , saya ingin menyambung ceritera tentang Program Selepas UPSR yang telah dijalankan di sekolah kami :D  Dengan lafaz Bismillah , saya ingin memulakan ceritera tersebut . Sebenarnya sebelum kelas kami , 6 Amanah , mengunjungi ke Kilang Vico , pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam kepada murid-murid yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun. Lawatan ini bertujuan untuk menghilangkan tekanan murid Tahun Enam selepas tamat peperiksaan UPSR dan juga untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid . Yuran lawatan tersebut adalah RM150 untuk seorang murid dan RM50 untuk seorang guru . Terang-terang tanah lagi , murid-murid berada di pondok menunggu bas untuk menunggu rakan-rakan yang belum datang lagi termaksuklah saya . Kami juga menunggu guru-guru yang ditugaskan untuk mengiring murid-murid semasa lawatan dijalankan . Selepas semua guru telah datang , kami dikehendaki untuk berada di dataran sekolah untuk mendengar taklimat dari guru .Cikgu Amri , guru pengiring utama kami , mencatat kehadiran kami semua untuk mengenal pasti murid yang belum hadir lagi.Selepas itu , kami dibahagikan kepada dua buah kumpulan kerana jumlah murid sangat ramai sehingga memerlukan dua buah bas untuk memuatkan kami semua . Saya dan Hani serta Afrina berada dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan Pertama  Kumpulan kedua kebanyakannya adalah murid Tahun Lima . Kami semua dikehendaki untuk menghafal plat nombor bas yang akan kami naiki nanti . Guru-guru memberi kebenaran kepada kami untuk pergi ke tandas sementara menunggu bas yang belum sampai lagi . Selepas bas sudah tiba , kami diminta untuk berbaris lurus dalam kumpulan masing-masing dan mengambil beg yang sendiri . Seorang murid lelaki Tahun Lima diminta untuk melafazkan doa ke Hadrat Illahi agar perjalanan kami selamat dan tiada sebarang perkara yang buruk akan berlaku di sana . Selepas itu , kami menaiki bas dan mengambil tempat duduk masing-masing .Saya duduk bersebelahan dengan Afrina manakala Hani bersama dengan Syuhada di belakang kami . Pada waktu itu , Afrina dan Hani tidak berkawan kerana ada sedikit pergaduhan antara mereka . Pada waktu perjalanan tersebut , banyak gelagat murid yang berlaku di dalam bas . Ada yang tidur , bersembang rancak , berjalan di atas bas , mengambil gambar rakan dan pemandangan di luar bas , membaca buku , termenung , membuat jenaka dan pelbagai lagi . Kami berasa sangat gembira . Pemandu bas tersebut telah memasang movie melayu kepada kami iaitu KL GANGSTER untuk menghilangkan kebosanan kami semua . Murid-murid sangat terhibur dengan filem tersebut . Ikuti Kisah Selanjutnya .......................

  
Senget :D


 

No comments:

Post a Comment