Selepas tamatnya peperiksaan UPSR , banyak program yang telah dijalankan dan dianjurkan oleh pihak sekolah dan kerajaan bag mengisi masa lapang murid tahun 6 . Program ini juga sangat bersesuaian dengan kami . Untuk Kelas 6 Amanah , pihak sekolah mengadakan lawatan sambil belajar di KILANG VICO .
Lihat gambar di atas , itulah keadaan dalam kilang tersebut :) . Tepat pada pukul 9 pagi , kami bertolak ke sana dengan menaiki bas yang disewa oleh pihak sekolah . Perasaan kami pada masa itu sangat gembira . Keadaan dalam bas penuh riang ria , ada rakan kami yg membawa HP dan kamera untuk mengambil gambar dalam kilang tersebut . Sejurus selepas sampai ke kilang tersebut , kami turun dari bas dan kunjungan kami di sana dialu-alukan oleh penyelia kilang tersebut . Selepas itu , kami dibawa olehnya ke dalam kilang tersebut . Ada seorang lelaki datang mempelawa kami dan memberi sedikit taklimat tentang kilang tersebut kepada kami . Kami dibahagikan kepada dua buah kumpulan oleh mereka untuk memudahkan kerja .Saya berada dalam kumpulan yang pertama bersama dengan Afrina dan rakan-2 lain . Slot yang pertama , kami dibawa masuk ke tempat pemprosesan serbuk Vico oleh pekerja kilang tersebut , dan kami diberikan amaran supaya tidak menyentuh apa-2 barang di situ untuk mengelakkan daripada kami mengalami kecederaan dan sebagainya serta mengambil gambar keadaan di tempat itu . Kami diminta untuk berada di dalam sebuah bilik penghawa dingin di situ untuk mendengar penjelasan pekerja kilang tersebut. Mereka memberitahu bagaimana pemprosesan serbuk Vico dilakukan iaitu bagaimana ia boleh dihancurkan , dihaluskan dan lain-lain .Kami juga diberi peluang untuk merasa serbuk Vico yang belum dihancurkan lagi . Rasanya sangat enak . Kami juga dapat melihat resipi membuat serbuk Vico tersebut di atas papan putih yang digantung di bilik penghawa dingin tersebut . Selepas itu , kami dibawa keluar untuk melihat mesin-mesin yang bertujuan untuk memproses serbuk tersebut . Selanjutnya , kami pergi ke tempat pembungkusan serbuk Vico . Di situ kami dibenarkan mengambil gambar dan merakam video . Pihak kilang menjelaskan bagaimana pembungkusan itu dijalankan dan kami tidak lepas peluang untuk mencatat di buku nota kami . Pekerja kilang di sana sangat peramah dan baik hati , mereka memberi kesempatan kepada kami untuk mencuba melakukan kerja-kerja di situ dan menolong mereka . Ada yang tolong meng'seal'kan bungkusan itu , ada yang memasukkan paket-paket kecil ke dalam satu plastik bungkus yang besar , ada yang tolong mengangkat kotak dan lain-lain . Selepas penat menolong mereka , kami pergi ke luar kilang tersebut untuk menikmati minuman sejuk Vico . Ada beberapa rakan kami termasuk saya , membeli serbuk Vico di situ. Kami telah mendapat satu beg percuma .Selepas itu , kumpulan yang kedua meluru ke kami . Segelintir daripada mereka mengambil serbuk Vico yang belum dihancurkan lagi untuk dibawa pulang ke rumah . Kami berasa amat cemburu . Namun begitu , kami berasa gembira dan berpuas hati sebab dapat pengalaman yang baru dan dapat ilmu pengetahuan tentang pemprosesan serbuk Vico tersebut . Kami dapat menggunakan ilmu itu dalam pelajaran dan lain-lain . Selepas makan di sana , kami terus pulang ke sekolah .
TAMAT

No comments:
Post a Comment